Program 'Aku Jiwa Pahlawan' kembali semula. Batch Dejourney pernah anjurkan Kem Kembara Tauhid pada tahun 2005. Ketika itu peserta2 KKT adalah batch caliph14, semasa itu mereka tingkatan 2. Selaku alumni Sekolah Al-Amin Gombak, kami generasi ke-12 (Dejourney) berasa bertanggungjawab membantu pihak sekolah dalam mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi membantu adik-adik tingkatan dua. Penerapan kebergantungan dan cinta kepada Allah adalah antara objekif program kami dalam membantu adik-adik menjadi generasi Al-Quran. hangati dan rasai AKU JIWA PAHLAWAN (AJP) bersama kami

Monday, July 26, 2010

kami gembira bila hati2 kami bersatu


Assalamualaikum..Dipanjatkan kesyukuran kepada ALLAH swt kerana memberi kami kekuatan utk melaksanakan program ini, Alhamdulillah selesai sudah AJP kali pertama..

Bagi pihak alumni kami mengucapkan ribuan terima kasih kami x terhingga kepada pihak sekolah dan cikgu zaimah kerana memberi kepercayaan kepada kami utk menerajui Aku Jiwa Pahlawan tingkatan 2..

terima ksih kepada pelajar2 al-amin..naqib naqibah yg sudi dtg walau sekejap2..antum dtg sgt memberi kesan yg besar kpd adik2 insyaALLAH..

terima kasih dan tahniah kepada adik2 tingkatan 2 yg mengorbankan cuti antum utk mendapatkan sedikit jiwa pahlawan dlm diri insyaALLAH..semoga ALLAH menjaga hati2 antum tuk terus dalam barisan perjuangan..

terima kasih buat alumni2 yg bertungkus lumus sebulan utk menjayakan prog ini..

insyaALLAH adik3 tingkatan 2..tahun depan kite berjumpa lagi..ajak ramai2 sertai AKU JIWA PAHLAWAN II...


JUMAAT

BINGO..mmg sgt best, sampaikan kak fathiyyah hampir hilang suara,,adik2 tak nak stop main..hehe..


SLOT REMAJA MASA KINI OLEH UST SHAHROM

LAGU AR RUHUL JADID

kak nazirah dan kak bashirah share pengalaman cabaran hidup sebagai ISLAM di US


SABTU



siapa komrad kita..tayangan video palestin dan pahlawan2 islam




xplorace...





JUMAAT


selepas presentation..kami buat sesi sharing moment..masa ni rasa semua menangis kot..




Tahniah dan Terima Kasih, semoga ALLAH temukan kita lagi..

jadilah pejuang islam yang unggul wahai adik2 yang kami sayangi..

Tuesday, July 20, 2010

SLOT AJP


SLOT-SLOT AKU JIWA PAHLAWAN

slot 1- kenali 'senjata' KITA

di saat kanak2 bermain dgn happy nya di negara2 lain tetapi.....

di gaza..kanak2 di bunuh tanpa peri kemanusiaan..hampehh israel...


slot 2- cerita KITA


slot 3- explore race


slot 4- siapa komrad KITA


slot 5- Bento KITA




hmm sekadar video semangat yg mmpu dikongsi,
sungguhpun mereka ni bertempur di medan yg berlainan
tp semangat motivasi itu sama utk kwn2 yg akan
bertempur di medan AJP, kira mmg sesuai la..
mereka ni pahlawan american football
dan anda pula pahalawan islam..mana lebih baik?…

~KIRIMAN DARI MUAZ (DEJOURNEY IRELAND)

TQ MUAZ..DOAKAN KAMI..

Thursday, July 15, 2010

SUMBANGAN

Kami mengalu-alukan sumbangan dari anda untuk menjayakan program AKU JIWA PAHLAWAN.

Semoga keikhlasan hati tuan/puan di balas dgn ALLAH s.w.t. insyaALLAH

Segala sumbangan boleh lah berurusan dgn Khairiyah Kamaruddin 0193765406 atau Afiqah Roslan 0132220039

Monday, July 12, 2010

PROGRAM AKU JIWA PAHLAWAN

SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL-AMIN


TARIKH

23, 24 & 25 Julai 2010

TEMPAT

Sekolah Menengah Islam Al-Amin, Gombak

ANJURAN

Generasi Ke-12 SMIAAG (Dejourney)

dengan kerjasama

Badan Angkatan Dakwah Latihan Ummah SMIAA (ANDALUS)

dan Pihak Pengurusan

Sekolah Menengah Islam Al-Amin, Gombak




"Dan hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung." (Ali Imran: 104)


Remaja pada hari ini adalah pewaris dan peneraju masyarakat pada masa hadapan. Pembentukan sahsiah dan jati diri pemuda pemudi Islam menjadi faktor utama dalam memastikan mereka ini mampu menegakkan dan mengembalikan kegemilangan Islam. Namun begitu, perkembangan jahiliyah, “tarbiyah zionis” seperti facebook dan anasir-anasir negatif banyak mempengaruhi remaja Islam lantas mengundang gejala-gejala tidak sihat dikalangan remaja itu sendiri. Merujuk kepada ayat ke-104 surah Al-Imran, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar adalah satu tanggungjawab yang sangat penting dianjurkan oleh Islam.



Program pada kali ini yang bertemakan; ‘Takkan Goyah Walau Diduga’ diharapkan dapat memupuk dan mengembalikan semangat cinta terhadap tarbiyah, cinta kepada Allah, dan merapatkan semula ukhuwah di samping mencontohi para mujahid yang thiqqah dan menjadi qudwah hasanah kepada ummah. Kami juga berharap dengan usaha ini dapat menyuburkan lagi ikatan hati antara kami dan adik-adik, membantu guru-guru dan juga menyuburkan lagi semangat tarbiyah dan dakwah dalam diri.



Objektif

Program ini diadakan bertujuan untuk :

i. Membawa pelajar meneroka sifat dan asma Allah SWT dengan lebih dekat bagi mewujudkan rasa cinta padaNya.

ii. Menekankan maksud dan kepentingan iman

iii. Merapatkan ukhuwah sesama pelajar dan meyakini perjuangan menegakkan daulah bermula dari diri sendiri.

iv. Mencontohi perjuangan para nabi, sahabat dan para pejuang mutakhir.

v. Membudayakan amalan Islam dalam kehidupan

vi. Menjana motivasi untuk membantu menjayakan program tarbiyah di sekolah




Penyertaan dan Maklumat Pelajar

Program Aku Jiwa Pahlawan ini akan melibatkan semua pelajar tingkatan 2 (WAJIB) Sekolah Menengah Islam Al-Amin dan mana-mana pelajar lain yang berminat untuk menyertai. Bagi pelajar yang selain dari tingkatan 2 yg berminat utk turut serta hendak lah mendapatkan surat dari ustz Zaimah.

Tuesday, July 6, 2010

JAWATANKUASA ISTANA AJP


ALUMNI-ALUMNI AL-AMIN

sultan
kak chik (UPM - Sci Human Development and IT)

Bendahara
Kak Asmak (Univ College Dublin-Medicine)

Laksamana
Kak Nabilah (International Islamic College Libya- Islamic studies)

Penghulu Matawang
Kak Aisyah (UiTM, -Kejuruteraan Sistem Maklumat)

Penghulu Matawang
Kak Suhaila ( Univ.Malaya-Geologi)

Pembesar Santapan
Kak Iman (Cairo University,Egypt -medicine)

Pembesar Beradu
Kak Aimi (UIAM~ Accountancy)

Pembesar Beradu
Kak Mencah ( UKM KL - Pharmacy)

Pembesar Suara
Cikgu Shikin (Rebound Asia Sdn Bhd-Application Specialist)

Pembesar Santapan
Kak Dijah (Universiti Sumatera Utara, INDONESIA-medicine)

Temenggong
Kak Atiyah (UIAM - Accounting)

Temenggong
Kak Nadz (Politeknik Ungku Omar~Accountancy)

Pahlawan Gempur
Kak Aliah ( CUCMS, Cyberjaya-Medicine)


Pahlawan Gempur
Kak Fathiyyah (Cairo University,Egypt-medicine)


Pahlawan Gempur
Kak Syaz (USIM-Mu'amalat Administration )

Pahlawan Gempur
Kak Mar ( Univ Al-Azhar, Mesir, Medicine)


Pahlawan Gempur (haha x jumpa gmbr fatimah so gmbr adek dia..haha)
Kak Fatimah (UIAM- IRK)
Bangsawan
Kak Yah (Univ Teknologi Petronas- Chemical Engineering)

Bangsawan
Kak Afiqa ( CUCMS, Cyberjaya-Medicine)



Ramai lagi ajk2 lelaki tapi x ada gmbr

Muhd Hafiz Khalit
(UIAM-Economics & Science Management)

Abdul Muhaimin Mustafa Kamal
(A level Science,KDU)

Luqmannul
(USIM, Ampang Indah, Medicine)

Amir mursyid
(Univ Al-Azhar Mesir, Usuluddin)

Megat Usamah
(CFS IIUM PJ, Engineering)

Muhd Hujjatul Islam B Hj Basmullah
(German Malaysian Institue (GMI)

Syakirin

ada lagi cume masih belum confirm

DAN KESEMUA NAQIB dan NAQIBAH Tingkatan 2..