Program 'Aku Jiwa Pahlawan' kembali semula. Batch Dejourney pernah anjurkan Kem Kembara Tauhid pada tahun 2005. Ketika itu peserta2 KKT adalah batch caliph14, semasa itu mereka tingkatan 2. Selaku alumni Sekolah Al-Amin Gombak, kami generasi ke-12 (Dejourney) berasa bertanggungjawab membantu pihak sekolah dalam mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi membantu adik-adik tingkatan dua. Penerapan kebergantungan dan cinta kepada Allah adalah antara objekif program kami dalam membantu adik-adik menjadi generasi Al-Quran. hangati dan rasai AKU JIWA PAHLAWAN (AJP) bersama kami

Monday, July 12, 2010

PROGRAM AKU JIWA PAHLAWAN

SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL-AMIN


TARIKH

23, 24 & 25 Julai 2010

TEMPAT

Sekolah Menengah Islam Al-Amin, Gombak

ANJURAN

Generasi Ke-12 SMIAAG (Dejourney)

dengan kerjasama

Badan Angkatan Dakwah Latihan Ummah SMIAA (ANDALUS)

dan Pihak Pengurusan

Sekolah Menengah Islam Al-Amin, Gombak




"Dan hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung." (Ali Imran: 104)


Remaja pada hari ini adalah pewaris dan peneraju masyarakat pada masa hadapan. Pembentukan sahsiah dan jati diri pemuda pemudi Islam menjadi faktor utama dalam memastikan mereka ini mampu menegakkan dan mengembalikan kegemilangan Islam. Namun begitu, perkembangan jahiliyah, “tarbiyah zionis” seperti facebook dan anasir-anasir negatif banyak mempengaruhi remaja Islam lantas mengundang gejala-gejala tidak sihat dikalangan remaja itu sendiri. Merujuk kepada ayat ke-104 surah Al-Imran, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar adalah satu tanggungjawab yang sangat penting dianjurkan oleh Islam.



Program pada kali ini yang bertemakan; ‘Takkan Goyah Walau Diduga’ diharapkan dapat memupuk dan mengembalikan semangat cinta terhadap tarbiyah, cinta kepada Allah, dan merapatkan semula ukhuwah di samping mencontohi para mujahid yang thiqqah dan menjadi qudwah hasanah kepada ummah. Kami juga berharap dengan usaha ini dapat menyuburkan lagi ikatan hati antara kami dan adik-adik, membantu guru-guru dan juga menyuburkan lagi semangat tarbiyah dan dakwah dalam diri.



Objektif

Program ini diadakan bertujuan untuk :

i. Membawa pelajar meneroka sifat dan asma Allah SWT dengan lebih dekat bagi mewujudkan rasa cinta padaNya.

ii. Menekankan maksud dan kepentingan iman

iii. Merapatkan ukhuwah sesama pelajar dan meyakini perjuangan menegakkan daulah bermula dari diri sendiri.

iv. Mencontohi perjuangan para nabi, sahabat dan para pejuang mutakhir.

v. Membudayakan amalan Islam dalam kehidupan

vi. Menjana motivasi untuk membantu menjayakan program tarbiyah di sekolah




Penyertaan dan Maklumat Pelajar

Program Aku Jiwa Pahlawan ini akan melibatkan semua pelajar tingkatan 2 (WAJIB) Sekolah Menengah Islam Al-Amin dan mana-mana pelajar lain yang berminat untuk menyertai. Bagi pelajar yang selain dari tingkatan 2 yg berminat utk turut serta hendak lah mendapatkan surat dari ustz Zaimah.

1 comments:

'adz said...

hmm sekadar video semangat yg mmpu dikongsi,
sungguhpun mereka ni bertempur di medan yg berlainan
tp semangat motivasi itu sama utk kwn2 yg akan
bertempur di medan AJP, kira mmg sesuai la..
mereka ni pahlawan american football
dan korang pula pahlawan islam yg akn mbantu adik2 f2 tu..
mana lg baik??

kata2 semangat ni mmg meremang bulu roma buat seketika..
http://www.youtube.com/watch?v=yX39J_YyKbs
saje2 je ni... mungkin nnt leh tayang video2 best!